SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kerana mengunjungi blog rasmi Jalinan Alam..

Pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan dari masa ke semasa mengenai Jalinan Alam di blog rasmi ini...

Jangan lupa untuk klik 'LIKE' di halaman 'facebook' JALINAN ALAM

dan 'FOLLOW' blog ini.

Terima Kasih

AKTIVITI


Terma dan syarat pertandingan

Explorace (10.12.2011)

Peraturan Pertandingan

1.                   Am
Pertandingan ini dinamakan Eksplorasi Jalinan Alam yang melibatkan peserta dari jabatan senibina landskap UiTM malaysia

2.                    Penganjur / Pengelola
Pertandingan ini dianjur oleh Pelajar semester 5 Ijazah sarjana muda  (kepujian)  senibina landskap dan dikelolakan oleh Persatuan pelajar senibina landskap UiTM Malaysia dan Jabatan Senibina  Landskap

3.                   Pendaftaran
a. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda senibina landskap
b. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai 10 orang peserta. Pendaftaran hendaklah dibuat dengan mengisi borang kehadiran pada tarikh explorace tersebut dijalankan iaitu pada 10.12.2011

4.                   Peraturan & Undang – Undang Pertandingan
a. Peserta-peserta yang berdaftar di dalam borang penyertaan sahaja dibenarkan bertanding dan setiap kumpulan akan ditentukan oleh  urusetia mengikut pendaftaran.
b. Cara pertandingan dijalankan
i. Setiap Kumpulan mempunyai 10 PESERTA termasuk pengurus kumpulan.
ii. Setiap kumpulan perlu mengharungi checkpoint dan berakhir di final stage checkpoint dan menyelesaikan kesemua task yang diberi
iii. Masa akan dicatat oleh juru yang ditetapkan.

c. Ketua pasukan mencabut kertas undi dan berbincang strategi bagi menyempurnakan tugas yang diberi Pemainan akan diadili urusetia di setiap checkpoint
ii. Kesemua ahli kumpulan perlu melibatkan diri dalam setiap tugasan yang diberi
iii. Markah dikira dalam tempoh masa yang paling pantas
iv. Peserta tidak dibenarkan meminta bantuan

5.                   Pengadil
a. Pengadil / urusetia akan meniupkan visel permulaan dan penamat permainan.
b. 3 orang pengadil akan dilantikan bagi mengadil explorace
c. Pengadil akan memastikan kumpulan yang sampai dahulu di final stage checkpoint sudah melengkapkan kesemua tugasan yang diberi
d. Pengadil akan melaporkan kepada urusetia memberi markah setiap kumpulan.
e. Keputusan pengadil adalah Muktamad.

6.                   Kiraan Mata
a.  Pasukan/ kumpulan akan dinilai mengikut komitmen berkumpulan, cepat dan Berjaya menyelesaikan kesemua tugasan dengan mengikut masa yang telah diberikan.

7.                   Perkara-Perkara Yang Tidak Diperuntukan
a.  Mana-mana yang tidak diperuntukan adalah bidang kuasa Jawatankuasa Pertandingan akan dirujuk  kepada Jawatankuasa Pengelola.
b.  Jawatankuasa Pertandingan berhak untuk membuat sebarang pindaan pada peraturan pertandingan ini pada bila-bila masa diperlukan.


Pertandingan  antara batch :

1.       Am
Di dalam kategori ini, setiap batch/ bahagian diminta untuk menyertai kesemua acara pertandingan yang telah dirangka yang melibatkan peserta dari jabatan senibina landskap UiTM Malaysia

2.       Penganjur / Pengelola
Pertandingan ini dianjur oleh Pelajar semester 5 Ijazah sarjana muda  (kepujian)  senibina landskap dan dikelolakan oleh Persatuan pelajar senibina landskap UiTM Malaysia dan Jabatan Senibina  Landskap

1.        Pertandingan Fotografi Jalinan Alam (5.11.2011 – 6.12.2011)

Syarat-syarat / peraturan pertandingan fotografi

1.        Penyertaan
a.         Pertandingan ini akan disertai oleh setiap bahagian dari semester 1 – 8 (*semester 7 terkecuali)
b.         Pertandingan ini juga terbuka kepada semua pelajar Ijazah sarjana muda jabatan senibina landskap

2.        Peraturan dan undang-undang
a.         Foto/gambar haruslah mengikut tema Jalinan Alam
b.         Foto boleh dihasilkan mengikut konsep tersendiri tetapi haruslah dalam format A3, penggunaan bahan percetakan juga terbuka kepada semua kategori
c.         Gambar yang dihasilkan dibenarkan untuk penambahbaikan / edit
d.         Gambar boleh diambil di mana –mana sahaja
e.         Gambar yang telah dicetak perlu dilekatkan di kadbod hitam berukuran A3
f.          Gambar yang telah siap dihasilkan juga perlu dihantar dalam format JPEG berukuran A3


3.        Penilaian
a.         Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema , kreativiti dan teknik fotografi yang terbaik
b.         Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah jabatan senibina landskap

4.        Tarikh penyertaan
a.         Tarikh mula penyertaan ialah pada 5 November 2011 sehingga 6 Disember 2011
b.         Segala perbelanjaan pengangkutan dan persediaan termasuk peralatan adalah di bawah tanggungjawab peserta yang mengambil bahagian.
c.         Semua penyertaan perlu dihantar kepada :  Semeseter 5 (penganjur)


2.        Pertandingan Mencanting batik (9.12.2011)

Syarat-syarat / peraturan pertandingan mencanting batik

1.        Penyertaan
a.         Pertandingan ini akan disertai oleh setiap bahagian dari semester 1 – 8 (*semester 7 terkecuali)

2.        Peraturan dan undang-undang
a.         Batik yang dihasilkan haruslah mengikut tema Jalinan Alam
b.         Batik perlu dihasilkan mengikut konsep tersendiri .
c.         Bahan dan material asas akan disediakan,  penggunaan bahan tambahan adalah amat digalakkan
d.         Masa yang diperuntukkan adalah 4 jam
e.         Penggunaan kain adalah dari jenis cotton berukuran AO akan disediakan
f.          Setiap bahagian juga perlu menghantar dan mempersembahkan konsep Batik yang akan mereka akan hasilkan nanti pada hari memproses Batik dalam format A2 board

3.        Penilaian
a.         Batik  akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema , kreativiti dan teknik tambahan yang terbaik
b.         Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah jabatan senibina landskap

4.        Tarikh dan lokasi penyertaan
a.         Tarikh pemprosesan mencanting Batik adalah pada 9  Disember 2011
b.        Tarikh penghantaran dan mempersembahkan konsep board yang akan dinilai oleh pensyarah adalah pada 2 Disember 2011
c.         Lokasi bagi pemprosesan adalah di Taman Tasik Shah Alam
d.         Batik perlu dihantar kepada : semester 5 (penganjur)
e.         Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kelewatan


3.        Pertandingan peragaan batik / Batik Runway (10.11.2011)

Syarat-syarat / peraturan peragaan batik

1.        Penyertaan
a.         Pertandingan ini akan disertai oleh setiap bahagian dari semester 1 – 8 (*semester 7 terkecuali)
b.         Setiap bahagian perlu menghantar 1 atau 2 orang wakil bagi memperagakan batik yang telah dihasilkan

2.        Peraturan dan undang-undang
a.         Masa yang diberikan adalah 3 minit bagi setiap peragaan
b.         Peraga dilarang sama sekali memakai pakaian yang tidak menutup aurat

3.        Penilaian
a.         Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah jabatan senibina landskap
b.         Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti mempersembahkan Batik

4.        Tarikh dan lokasi penyertaan
a.        Tarikh penghantaran dan persembahan konsep batik ialah pada 2 Disember 2011
b.         Peragaan / Batik Runway  akan dijalankan pada malam dinner Jalinan Alam iaitu pada 10 Disember 2011
c.         Lokasi peragaan adalah di Dewan Orkid , Wisma PKPS Shah Alam


4.      Pertandingan  persembahan malam dinner dan filem pendek (5.11.2011 – 6.12.2011)

Syarat-syarat / peraturan pertandingan persembahan malam dinner dan filem pendek

1.        Penyertaan
a.         Pertandingan ini akan disertai oleh setiap bahagian dari semester 1 – 8 (*semester 7 terkecuali)

2.        Peraturan dan undang-undang
a.         Persembahan haruslah berdasarkan tema keseluruhan program atau malam dinner iaitu Jalinan Alam
b.         Filem pendek juga adalah mengikut tema Jalinan Alam
c.         Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit semasa berada diatas pentas
d.         Durasi  bagi filem pendek juga adalah tidak melebihi 4 minit
e.         Filem pendek adalah dilarang sama sekali menerapkan unsur-unsur perkauman, politik, dan tidak menutup aurat

3.        Penilaian
a.         Filem pendek  pertandingan  akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema , kreativiti dan teknik videografi  yang terbaik
b.         Penilaian akan dilakukan oleh pensyarah jabatan senibina landskap
c.         Bagi persembahan, penilai akan menilai semasa persembahan itu berlangsung

4.        Tarikh penyertaan
d.         Tarikh mula penyertaan ialah pada 5 November 2011 sehingga 6 Disember 2011
e.         Segala perbelanjaan pengangkutan dan persediaan termasuk peralatan adalah di bawah tanggungjawab peserta yang mengambil bahagian.
f.          Semua penyertaan perlu dihantar kepada :  Semester 5 (penganjur)